Tuesday 27 October 2015

Misi diet: List to do

Assalamualaikum and hi!
Malasnya nak update..haha
Tapi semalam dah janji nak post pasal diet tu.
Kalau yg tahu aku cakap pasal apa boleh refer link ni:


Jadi teruskan ke agenda kita iaitu intipati pelan diet mengarut tu. Huaaa nak nangis. Malas tapi terpaksa. Huhu. Haha.

Jadi inilah dia rules and regulations atau list to do untuk diet yang probably paling tak efektif yg pernah korang dengar. Tak layak jadi ikutan. Kahkah. Baca jelah. 

EXERCISE:

1. Pagi: sit up 50 kali.
Ok pagi tadi dah buat. Serius penat gilaaaaa. Dahla pepagi, pastu sit up (tak suka sit up haih), pastu 50 kali pulak tu. Wek. Nak pitam. Jadi aku nak buat pindaan. Taknak 50. Hahaha. Esok 30 je. Huh.

2. Cukupkan sehari 100 sit up.
Slowly but surely laaa. Takde la nak buat 100 tu sekaligus. Pengsan laa kalau mcmtu. Harini alhamdulillah cukup 100. Haha struggle beb.

P/S: sit up ni bagus untuk kempiskan perut. Tapi take note, jgn buat sit up sejam selepas makan. Rasanya tak elok untuk penghadaman kot, tak sure sbb apa.

3. Riadah petang
Petang tadi dah jalan sambil jogging. Dalam sejam camtu la. Penat k. Dah lama tak beriadah. Hukhuk.

(Gambar sekadar hiasan) hahaha

4. Banyak gerak.
Tak kisah la nak menari ke, nak mengemas ke, janji bergerak.

MAKAN:

1. Breakfast
Sarapan wajib kena makan tapi tak boleh banyak. Kalau pagi tadi bantai scrambled eggs je. Pastu air yogurt segelas.

2. Lunch
Untuk lunch, aku guna pinggan yg lagi kecik! Huehue. Nampak tak permainan dia? dah takleh nak muat nasi banyak banyak. Aku taruk nasi sikit je. Lauk pun tak banyak, Dan yg paling penting, sayur. Nasib baik aku bukan jenis yg anti-sayur. Jadi lepas daripada ni, sayur is bae! 

3. Dinner
Dinner sama macam lunch, nasi dengan lauk sikit tapi sayur banyak. Pastu kalau boleh, tak makan 3 jam sebelum tidur. (Better 5 jam tp susah. 3 cukup la eah. Lol)

Tapi kalau nak minum banyak takpe. Anytime. Kih3.

Last but not least, kena tidur awal and bangun awal. Paling lewat tidur pukul 12.

Tu jelah kot input pelan diet aku. Sebenarnya rasa murung sangat sebab bendalah diet ni. Hahaha. Rasa tak bebas. Nak makan kena fikir dua kali. Nak exercise kena konsisten banyak kali. Banyak benda nak fikir. Dahla benda ni perubahan yg long term. Haha sabar jelah. Takpe just watpis watlek. Bagus jugak kan. Menjaga kesihatan. Hehe. Yang penting,

Biar lambat asal bergerak!

Thanks for reading :')

Monday 26 October 2015

Menyesal pulak post. Haha.

Hi! (Here goes my third post)
Wuw. Excited ni.
First of all, nak cakap yg ni kali pertama update blog pakai phone.
(Ok that's not a big deal and bukan sebab tu aku eksaited. Lol saja nak bagitahu takleh ke)

The thing is...the real thing is....
*inhale* *exhale*
I wanna lose my weight!
(Haha ckp jelah kau dah makin gemuk kan senang)

Dalam erti kata lain, aku nak diet! K.
Haha. Something yg pelik actually sebab aku ni jenis yg makan ikut suka suki hati, tak kira masa dan tempat. Serious talk, aku tak pernah diet. (Gosh like perlu ke diet??) Food is life maynn.

Tapi naah. Not anymore. Malam ni, dengan rasminya, aku rasa aku dah semakin gemuk and it matters! (Sebelum ni pernah je rasa mcm ni tp tak kisah pun. Lol) Tapi malam ni rasa mcm aaaaa. Hmm. Huhu. Kena diet ah. Tanak mokmok nak kuwuss.

So goodbye food, goodbye late night snacks and goodbye mushy yg pemalas nak exercise.

Jadi sebab tu lah aku amik tindakan drastik untuk share dengan korg semua pelan diet aku. Bhahaha. Bukan saja nak gedik gedik share ye, tp kalau buat sorg sorg alamatnya mmg takkan menjadi la nak diet bagai tu. Kahkah. Never.

So korang yg baca post ni la yg akan jadi saksi. Taknak sembang. Orait. Let's do this. For real. Haha. Ok masa untuk timbang berat.


Itu bukan kaki takde kuku tp aku pakai stokin. Haha ok abaikan. Jadi aku mula dengan berat 50kg. Kalau yg tak tahu, tinggi aku 162cm. Jadi target aku untuk pelan diet ni, aku nak turun 4kg. (And that requires a looooot of work) Hm. Matilahnak.

Takpe. Yg penting semangat. Nanti esok aku akan share list to do dalam pelan diet ni. Sekarang kena tidur dulu. Tidur awal pun salah satu tips tau kalau taknak berat badan naik. Okay let us stop here.

Goodnight. Thanks for reading :)

Sunday 25 October 2015

Puberty hits

Assalamualaikum and hye 

Jari dan otak dah memainkan peranan, maka terhasil lah post kedua ni.
Topik bodo bodo je, just nak share pasal puberty hit.
Haa selalu kan dengar ayat:
"puberty hit like a truck"
(dan yang sewaktu dengannya)

Bahasa mudah dia, masa kecik kecik buruk then bila dah besar tetiba lawa nak mampus. Hmm. Faham tak?
Haha. Ok jaga bahasa.
Maksud dia, kanak kanak yang mencapai akil baligh membesar menjadi lawa.
Lol. Sounds good. 

So enough with the facts, ni nak tunjuk terus contoh puberty hit yg WOW

Insan bertuah 1
Insan bertuah 2
 Tapi..pada pendapat aku, contoh kat atas ni bukan puberty hits, tapi lebih kepada the power of make up. Lawa sebab mekap tebal dengan dress up je ni. Yeke? Lol. Entahlanak.

Well, picture lies...and make up, benda tu macam magic. Selekeh mana pun, kalau mekap tu tiptop memang lawa ah takleh nak cakap apa. But some guys lagi prefer perempuan yg nampak natural (Actually most of them) Sekali lagi, entahlanak...

Aku? Haha. Puberty ni pernah langgar aku, tapi takdelah kuat mana. Nak tengok beza ke tak, ni dia contoh aku yang dulu and sekarang.


DULU
(Gambar masa menengah rendah)
Tak matured gila posing atas kerusi kahkahkah
Tangan penuh dengan kek coklat (masa ni member buat surprise birthday)


SEKARANG
(19 tahun)

Hahaha. Perasan tak dulu masa kecik gelap sikit. Memang pun. Habis sunburn sebab banyak main panas. Pastu selekeh tak reti nak lipat tudung elok elok. Dah besar baru reti nak jaga muka, tempek bedak semua. Lilit lilit shawl. Haha. Dah matured la sikiiit. Cuma aku ni bukan jenis yg mekap sangat, just pakai bedak dengan lip balm je. Hehe.

Tapi kalau nak nampak putih dalam gambar ni senang je. (Selain pakai bedak). Kuikui. Kena cari tempat yg lighting dia boek. Settle ah. Hahahaha cam gedik je post kali ni, mohon jangan bash ye anak anak. Berbekalkan tips ni, ni dia contoh gambar aku yg dah macam testimoni qu puteh:

      

 Tips ni dinamakan selfie depan tingkap. Paling mujarab masa matahari tengah bersinar. Haha. Filter semula jadi. Tu tak tambah lagi dengan filter phone. Ni lah yang jadi kes gambar boleh menipu masyarakat. Jadi jangan pelik la kalau sesetengah orang tu dlm gambar lain jumpa depan lain. Lol.

K panjang pulak post ni. Dahla penuh gambar aku. 
aaaa menyampah
 Hahaha so kesimpulan dia jangan percaya sangat gambar sebab mekap dan filter boleh ubah someone. Tak kisah la tu, yang penting hati.
 (Pfft. Ayat cliche)
Sorry merepek. Sorry takde keje. 
Kalau tak suka takyah la follow. Haha. 
Andd...thank you sangat sangat kepada yg sudi follow. (terharu kejap)
 Sorry sebab tak menarik pun blog ni. Lol. Thanks again! Hehe. Bye.
Thanks for reading!

Tuesday 20 October 2015

The first post ever !

Assalamualaikum and hye!!
Hahaha. Rasa lawak plus excited. 
Dah lama sangat sangat tak berblogging.
And now i'm backkk (haha haii)
(Eksaited sampai lari lari)
 Walaupun krik krik sebab takde orang tahu kewujudan blog ni,
tapi takpe. Haha. Kewujudan blog ni pun just for fun. Lol.
Haha soooo...dah takde lagi dah blog lama tu.
(Err ekceli ada lagi haha)
 Tapi dah takkan update kat situ dah.
Kisah yang lalu jangan diungkit. Hahaha. 
Malu nak cerita pasal blog yg dah sudah tu.
Tak matured gila. 
Nak share url pun rasa serba salah.
Biarlah tinggal sejarah.
Nak gelak je bila baca balik apa yang aku tulis zaman dolu dolu kala.
Okay tu tak penting.
Yang penting, finallehhh. Blog dah siap. 
Maka dengan ini saya merasmikan blog mushy!
(Yayy...)
(Cengkerik bertepuk tangan)
(Bayangkan potong riben)
 Okay dah rasmi. Terasa hambar yang amat. Haha.
Tapi serius lama nak edit blog ni. 
Nampak simple tp banyak gila particulars nak kena adjust.
Html code lg. Nak cari design lg. Aku pulak jenis yg cerewet.
Hmm. Banyak benda banyak benda.
And tadaa..Siap jugak akhirnya. 
Jadi sampai sini jelah kot sesi merasmikan blog.
Okaylah okaylah aku share link blog lama. Hahaha.

Mohon jangan bash.

So yang takde keje tu bolehla buat comparism perbezaan before and after. Haha. Sekarang pun takdelah matured sangat. Puih. Tapi trylah tengok design blog lama tu. Tengok cara selfie pun dah tahu macam budak kecik. (Serius rasa nak tumbuk muka budak tu) Hahaha. Okay tu baru bab design, belum scroll post post kat situ lagi. Bila baca balik, *facepalm* sangat. Haha. Haih. K terpanjang pulak perasmian ni. Maka tamatlah perasmian blog mushy. Sekian terima kasih. Thanks for reading!
Jumpa lagi