Tuesday 27 October 2015

Misi diet: List to do

Assalamualaikum and hi!
Malasnya nak update..haha
Tapi semalam dah janji nak post pasal diet tu.
Kalau yg tahu aku cakap pasal apa boleh refer link ni:


Jadi teruskan ke agenda kita iaitu intipati pelan diet mengarut tu. Huaaa nak nangis. Malas tapi terpaksa. Huhu. Haha.

Jadi inilah dia rules and regulations atau list to do untuk diet yang probably paling tak efektif yg pernah korang dengar. Tak layak jadi ikutan. Kahkah. Baca jelah. 

EXERCISE:

1. Pagi: sit up 50 kali.
Ok pagi tadi dah buat. Serius penat gilaaaaa. Dahla pepagi, pastu sit up (tak suka sit up haih), pastu 50 kali pulak tu. Wek. Nak pitam. Jadi aku nak buat pindaan. Taknak 50. Hahaha. Esok 30 je. Huh.

2. Cukupkan sehari 100 sit up.
Slowly but surely laaa. Takde la nak buat 100 tu sekaligus. Pengsan laa kalau mcmtu. Harini alhamdulillah cukup 100. Haha struggle beb.

P/S: sit up ni bagus untuk kempiskan perut. Tapi take note, jgn buat sit up sejam selepas makan. Rasanya tak elok untuk penghadaman kot, tak sure sbb apa.

3. Riadah petang
Petang tadi dah jalan sambil jogging. Dalam sejam camtu la. Penat k. Dah lama tak beriadah. Hukhuk.

(Gambar sekadar hiasan) hahaha

4. Banyak gerak.
Tak kisah la nak menari ke, nak mengemas ke, janji bergerak.

MAKAN:

1. Breakfast
Sarapan wajib kena makan tapi tak boleh banyak. Kalau pagi tadi bantai scrambled eggs je. Pastu air yogurt segelas.

2. Lunch
Untuk lunch, aku guna pinggan yg lagi kecik! Huehue. Nampak tak permainan dia? dah takleh nak muat nasi banyak banyak. Aku taruk nasi sikit je. Lauk pun tak banyak, Dan yg paling penting, sayur. Nasib baik aku bukan jenis yg anti-sayur. Jadi lepas daripada ni, sayur is bae! 

3. Dinner
Dinner sama macam lunch, nasi dengan lauk sikit tapi sayur banyak. Pastu kalau boleh, tak makan 3 jam sebelum tidur. (Better 5 jam tp susah. 3 cukup la eah. Lol)

Tapi kalau nak minum banyak takpe. Anytime. Kih3.

Last but not least, kena tidur awal and bangun awal. Paling lewat tidur pukul 12.

Tu jelah kot input pelan diet aku. Sebenarnya rasa murung sangat sebab bendalah diet ni. Hahaha. Rasa tak bebas. Nak makan kena fikir dua kali. Nak exercise kena konsisten banyak kali. Banyak benda nak fikir. Dahla benda ni perubahan yg long term. Haha sabar jelah. Takpe just watpis watlek. Bagus jugak kan. Menjaga kesihatan. Hehe. Yang penting,

Biar lambat asal bergerak!

Thanks for reading :')

4 comments:

  1. Nicee..
    InshaAllah boleyhh nihh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply! Baru bukak, dah berhabuk dah blog..haha. Thank you so much :D

      Delete
  2. Keep doin it another 2 months, and u'll become addicted. Hahaha. but dik, emosi tu penting untuk pastikan diet anda berkesan. No pressure. Just keep healthy. Telan je sayur banyak2, insyaAllah okey. *as sayur make your stomach full longer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ya Allah terharunya..Thanks a lot for the wonferful tips and support sis! Really appreciate it <3

      Delete